.

Thursday, 27 October 2011

Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)    benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)    orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)     binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d)    tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
 
 MANUSIA
 BINATANG
TEMPAT

BANGUNAN
 
JUDUL BUKU
 BENDA

0 comments:

Post a Comment

Ulasan

 
Copyright (c) 2011 PENAFIAN : Salmah Nayan ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini